Sukan dan Rekreasi Puchong,_Selangor

Puchong mempunyai beberapa kompleks sukan antaranya Kompleks Sukan Rakan Muda di Batu 12 Puchong, MBA iaitu sebuah pusat sukan khusus untuk sukan badminton dan sebuah stadium mini di Bandar Kinrara. Di Bandar Kinrara juga terdapat sebuah kelab golf iaitu Kinrara Golf Club (KGC). Serta terdapat Kelab Sukan Puchong United yang terletak di Bandar Puchong Jaya. Bagi pusat reakreasi pula terdapat banyak tasik di Puchong yang telah bertukar menjadi pusat rekreasi antaranya Tasik Sri Aman (tempat dahulunya terkenal dengan buaya puchong), Tasik Wawasan, di Pusat Bandar Puchong (sebuah tasik buatan manusia seluas 25 ekar), Tasik Puchong Perdana (Pemandangan menghadap Masjid Puchong Perdana), Taman Tasik Prima dan Pusat Rekreasi Bandar Puteri (bersebelahan Pusat Sukan MBA).